Saturday, October 18, 2008

Debat Untuk Pemilihan Kepimpinan PAS

Dalam posting pertama saya bertajuk “Masa Depan Demokrasi”, saya menyatakan sokongan saya pada pendekatan mengadakan debat dalam proses pemilihan pemimpin.

Tiga malam lepas, MCA dengan kerjasama beberapa pihak lain telah mengadakan debat terbuka di antara calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA. Walaubagaimanapun, debat yang sepatutnya disertai empat calon-calonnya itu akhirnya hanya berjaya menemukan dua daripada mereka iaitu Datuk Dr Chua Soi Lek dan Datuk Donald Lim.

Saya mengucapkan tahniah kepada MCA kerana berjaya mewujudkan satu budaya baru dalam amalan pemilihan pemimpin di Malaysia.

Saya mencadangkan amalan ini dapat diteruskan dan dicontohi oleh semua parti-parti politik termasuk juga PAS.

Dengan adanya proses debat dalam pemilihan kepimpinan parti, calon-calon yang bertanding berpeluang untuk mengemukakan idealisma dan penguasaan mereka bukan sahaja dalam perkara-perkara dalaman parti malah dalam perkara-perkara yang menjadi rangka penting pemerintahan negara seperti polisi dan pentadbiran kerajaan, ekonomi, pendidikan, perpaduan, pembangunan sumber manusia dan sebagainya. Mereka juga berpeluang untuk mengemukakan cadangan dan idea mereka secara konstruktif untuk dipertimbangkan oleh ahli dan rakyat umum.

Saya percaya debat sedemikian bukan sahaja boleh membentuk dan mengasah keupayaan calon-calon yang bertanding malah ianya boleh menyemai satu budaya pemikiran baru di kalangan barisan pemimpin pelapis dan pendokong parti. Sebagai sebuah parti yang telah menjadi sebahagian dari kerajaan lima negeri Pakatan Rakyat dan bersedia untuk mengambil alih pemerintahan di peringkat persekutuan, PAS mesti membentuk budaya pemikiran pemerintah (negarawan) di kalangan pemimpinnya di semua peringkat. Dengan cara begini PAS boleh menambah keyakinan rakyat kepada PAS sebagai sebuah kerajaan.

Format dan peraturan debat mungkin boleh diolah mengikut kesesuaian. Apa yang penting adalah mewujudkan platform bagi bakal pemimpin mengemukakan idealisma dan pemikiran mereka dengan berkesan.

Saya akan mencadangkan debat begini diadakan dalam pemilihan kepimpinan PAS yang akan datang, terutamanya dalam pemilihan kepimpinan Pemuda dan juga diadakan pada masa-masa yang lain sebagai satu daripada modul latihan kepimpinan dalam pembentukan pemimpin masa depan PAS.

Apa kata anda?

8 comments:

armouris said...

assalamu'alaikum wrt

saya amat bersetuju dengan cadangan saudara. kredit harus diberikan kepada parti mca kerana memulakannya. kita sebagai parti islam semestinya perlu terkehadapan dalam perkara ini, sebab kita terikat dengan 'kita kena buat apa yang kita cakap' (surah as-saf).

cumanya kita gariskan akhlak dalam berdebat. niat kena ikhlas, jangan bila pendebat rasa dirinya lebih menonjol, timbul pulak rasa riak. yang kalah debat pulak, nanti rasa rendah diri dan malu.

saya harap budaya debat ini tidak hanya berlaku semasa pertandingan jawatan. semasa bukan musim pertandingan, PAS patut anjurkan diskusi. PAS perlu terkehadapan dalam segala isu. saya pasti di ibu pejabat PAS ada dewan besar (saya tak pernah sampai sana). adakan diskusi paling kurang setiap bulan. panggil cendekiawan untuk berdiskusi. banyak tajuk berkaitan isu semasa yang boleh diadakan - ISA, isu mahkamah syariah berkaitan non-muslim (yang melibatkan majlis peguam baru-baru ini), kes kg plentong johor, ketuanan melayu, ketuanan islam, hudud (panggil non-muslim terutamanya dari DAP dan PKR, terangkan pasal hudud), politik islam etc. inikan salah satu cabang dakwah!!

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

Nasrudin bin Hassan at Tantawi said...

Kawe setuju benar dengan pandangan demo nih . Boleh bawak naik ke atas . Kawe cadang demo buat kertas cadangan pas tu bentang dalam mesyuarat pemuda ,

Lagu mana makanismenya tu kita boleh perincikan kemudian . Tapi idea demo tu mmg bagus. Otak demo ni mmg bergeliga . boleh buat cincin :)

pemudabesut said...

Debat ni termasuk dalan agenda kempen... ok kata lah tahun depan Solahuddin di cabar oleh Tantawi untuk jawatan ketua Pemuda ...agak-agak nak kata apa dalam debat tu?

abu al-izz said...

terima kasih pd yg meninggalkan komen,

sbg menjawab kpd pemudabesut, debat ini bukan dlm semangat pertandingan dan bukan utk menentukan siapa kalah dan menang, cuma untuk menyuburkan BUDAYA berfikir dalam kerangka "pemimpin politik negara". Semua yg bersedia menawarkan diri sebagai pemimpin, mesti bersedia berfikir sebagai pemimpin - maknanya - ia mesti mempunyai wawasan yang jelas, menguasai isu negara dan mampu menawarkan polisi dengan kefahaman sendiri. Apa yg lebih penting, amalan begini boleh menyemai kaedah pemikiran yg sama kepada seluruh barisan kepimpinan hingga ke peringkat negeri dan kawasan.Dengan kata lain, utk menggalakkan pemikiran konstruktif terhadap proses pembinaan negara (nation building) di kalangan pemimpin dan pendokong PAS disemua peringkat.

Untuk elakkan pertandingan, mungkin boleh dibuat dlm format pidato, tetapi kena ada kerangka tajuk atau soaljawab dgn moderator.

Terimakasih.

Mior Isfandy Mior Azizan said...

saya setuju untuk mewujudkan debat ini.

format boleh diambil seperti debat anwar vs shabery.

Means, kita boleh minta mana-mana calon utk debatkan isu-isu kepentingan negara dengan menawarkan polisi-polisi yang terbaik untuk agama, rakyat dan negara.

http://miorisfandy.com

Elbaritii said...

Setuju

Aiman Athirah Al Jundi said...

Salam.
Ana juga punya pandangan dan pendirian yang sama. Memilih kepimpinan PAS sebagai sebuah gerakan massa siasatud dakwah tidak harus dipandang mudah. Justeru bagi menepati cabaran dan keperluan semasa dan massa maka kaedah pemilihan yang lebih bertanggungjawab dan relevan mesti segera dikemukakan, disesuaikan dan dilaksanakan.

Pemimpin PAS semua lapisan khususnya di peringkat Pusat seharus punya sikap, budaya fikir dan gerak tindak sebagai seorang NEGARAWAN. Berjiwa besar dan luas firasat serta capaiannya terhadap keperluan politik semasa berbekal tasawwur islam yang jelas.

Elok jika ada ruang kita wacanakan di peringkat kepimpinan muda PAS (muslimin dan muslimat) agar akhirnya nanti kita berjaya menyediakan satu cadangan yang sukar untuk ditolak oleh semua pihak.
-aiman

Anonymous said...

Salam,

Ada tak Pertandingan Debat pernah PAS organize sebelum ini. Kalu takde Sabki @ Pemuda boleh organizekan. Debat issue politik, ekonomi @ blueprint cabaran PAS next election.

Abu Irfan ArRazi